Kami di laman Mental Health Brunei membaca satu artikel dalam akhbar Brunei Times hari ini dengan penuh minat. Artikel itu berkenaan dengan cara-cara baru untuk melaporkan keganasan rumahtangga. Pada pendapat kami, ini merupakan satu langkah yang cukup baik dari pihak berkuasa untuk cuba menangani masalah yang serius ini.
Keganasan rumahtangga mempunyai kesan yang mendalam terhadap mangsa, samada mangsa penderaan adalah lelaki mahupun perempuan. Tekanan yang dialami oleh mangsa penderaan boleh membawa kepada masalah kesejahteraan jiwa seperti tekanan (depression), uri (anxiety), kabak-kabak (panic), dan Post Traumatic Stress Disorder. Apabila tertekan, mangsa penderaan boleh juga terdesak untuk menggunakan bahan-bahan seperti arak, dadah ataupun menyalahgunakan ubat yang tidak berkenaan (e.g. ubat batuk) untuk "mengubati diri sendiri" dan mengurangkan kesan masalah kesejahteraan jiwa. Malangnya, penggunaan bahan-bahan seperti arak ataupun dadah, mahupun penyalahgunaan ubat batuk hanya melegakan masalah itu pada waktu singkat (short term) dan membuatkan masalah kesejahteraan jiwa itu semakin melarat dan sukar dirawat. Tekanan yang dialami oleh mangsa penderaan boleh juga membawa kepada mangsa mencederakan diri sendiri ataupun membunuh diri.

Kebanyakan anak-anak mangsa penderaan mengetahui pergolakan rumahtangga ibubapa mereka, dan ini juga mempunyai kesan mendalam, dan boleh membawa kepada masalah-masalah sosial atau masalah kesejahteran jiwa.
Malangnya, dikalangan mangsa dera, ada yang mempertahankan kelakuan si pendera. Mereka mungkin berkata "Aku memang patut kana ampas kerana buat ia marah". Mungkin ini disebabkan mangsa dera mengalami Stockholm Syndrome, seperti mangsa penculikan yang bersikap positif terhadap orang yang menculik mereka. Disebabkan ini, mangsa dera adalah sekumpulan individu yang memerlukan sokongan, nasihat dan bantuan, samada dari keluarga, kawan-kawan, ataupun pihak berkuasa dan profesional kesihatan. Tugas profesional kesihatan adalah untuk membuat penilaian atau pemeriksaan kesejahteraan jiwa, dan memberikan rawatan samada dari segi ubat penenang atau ubat kemurungan, therapy (rawatan lisan), ataupun menguatkan sokongon sosial mangsa.
Profil ataupun ciri-ciri orang yang mendera isteri kebanyakannya, tapi tidak semestinya terdiri dari orang-orang yang meminum arak ataupun menggunakan dadah. Penggunaan dadah ataupun arak mestilah dihentikan oleh si pendera sebagai syarat meneruskan hubungan perkahwinan (jika dihendaki oleh mangsa dera), kerana ini mengurangkan kebarangkalian penderaan itu akan berulang.
Langkah-langkah yang perlu diambil oleh mangsa penderaan dalam rumahtangga ialah membuat laporan sepertimana yang terkandung dalam artikel itu, iaitu melalui 1) Balai Polis terdekat, 2) JAPEM, 3) Jabatan Hal Syariah, atau 4) Klinik Kesihatan terdekat. Mereka perlu juga mendapatkan sokongan dari keluarga dan kawan-kawan rapat, dan jika perlu termasuk memindahkan diri dari rumah, bersama anak-anak.
Kami juga ingin memuji ASP Hjh Mariyani Hj Abdul Wahab selaku Ketua Unit Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, kerana membuat kenyataan yang berani dalam artikel di Brunei Times itu, yang mengakui bahawa sikap segelintir penguasa yang berkenaan terhadap isu masalah keganasan rumahtangga adalah tidak memuaskan. Malah ada sebahagian dari mereka yang mendesak mangsa supaya tidak membuat laporan. Dengan mengenalpasti dan mengakui masalah yang ada, dan dengan mengambil langkah untuk memperbaiki perkhidmatan, kami berharap mangsa penderaan lebih mudah mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Artikel yang dimaksudkan di atas boleh didapati di sini.