Thursday, February 02, 2012

Bagaimana untuk membina AntiStres

Stress adalah perasaan tertekan. Kenapa Anda tertekan?
Sebab Anda tidak dapat apa yang Anda mahu. Sebab lain, sesuatu yang Anda tidak pinta, tidak mahu dan tidak ingin telah terjadi ke atas Anda kemudian terasa susah untuk keluar darinya, misalnya masalah.

Bagaimana untuk membina anti stress.
Bila difikirkan anti stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Semakin banyak memikirkan tentang ubat, semakin banyak timbul penyakit. Sebab? Sesuatu akan menarik sesuatu yang lain yang serupa dengannya. Fikir stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Begitu juga dengan berfikir mengenai anti stress, sebab Anda berada dalam keadaan memerangi stress. Anda lawan stress. Kesannya Anda akan dapat lebih banyak stress sebab di fikiran Anda wujud stress, bukan ketenangan.

Lupakan pasal anti stress. Sebaliknya binalah ketenangan dan nikmati ketenangan itu.

Dengarlah lagu-lagu yang mendamaikan jiwa, yang tenang dan yang menghiburkan. Elak dengar lagu bernada sedih, kecewa, putus asa atau hampa. Anda akan merasa sedih, kecewa, putus asa dan hampa juga serupa dengan apa yang Anda dengari. Perkataan-perkatan berisi emosi hampa akan membangkitkan emosi hampa di hati Anda, sebab itulah Anda hampa.

Pergilah berjalan-jalan di taman, di pantai atau ke mana saja yang Anda rasa Anda boleh beroleh ketenangan. Ketika disitu, fokuslah untuk merasai ketenangan. Lupakan habis pasal stress. Tujuan utama Anda adalah untuk mencari ketenangan, rasainya, simpan lalu nikmati supaya Anda mendapat kekuatan.

Ketika Anda sedang berada dalam situasi yang penuh stress, sibuk dan penuh kelam-kabut, caranya tenangkan diri. Bila sudah tenang, tenangkan lagi diri Anda, lebih tenang dari yang tadi. Inilah cara yang bagus digunakan untuk mengharungi situasi penuh stress.

Bila Anda merasa tertekan atau sedang stress memikirkan sesuatu tapi Anda susah nak lupa, fokus pada PENYELESAIAN. Sebagai contoh, jika Anda stress sebab tidak ada duit, fikir cemana nak selesaikannya. Jika Anda tidak bersemangat, fikir cemana nak selesaikannya. Fikir cemana nak jadi bersemangat.

Memfokus fikiran pada penyelesaian akan membuat Anda bersemangat sedikit sebab Anda nampak jalan keluar dari stress yang Anda alami. Anda akan rasa sedikit lega. Ada harapan untuk menyelesaikan kerumitan yang Anda alami.

Sumber di ambil dari:
http://www.imotivasi.net/