Monday, December 20, 2010

10 panduan pengendalian stress ketika bertugas dengan “BOSS”

Baru-baru ini saya ada berjumpa dengan sahabat sahabat lama saya,  dan seperti lazimnya setiap kali pada perjumpaan, kami akan berbual kosong mengenai  dengan  isu isu masa kini.  Dalam banyak-banyak  hal yang kami kupas dengan pendapat masing masing, ada satu isu yang sentiasa kami ceritakan dan ianya tidak pernah lepas dalam setiap perbualan kosong kami ini.  Isu tersebut adalah "stress di tempat kerja”, dalam isu ini kami bersepakat yang stress tersebut sentiasa datangnya daripada seseorang yang dipanggil “BOSS". Ungkapan-ungkapan seperti “BOSS tidak memahami orang bawahan”, “BOSS memberi tugas yang banyak”, “BOSS selalu marah-marah” adalah antara slogan-slogan yang selalu kami luahkan untuk meredakan stress kami.  Malangnya cara tersebut cuma berkesan meredakan stress kami dalam masa singkat sahaja, dan ianya akan berulang kembali.

Persoalannya ialah bagaimana kitani boleh mengekalkan tahap stress yang minima ketika bertugas dengan "BOSS" kitani?. Di sini saya ingin berkongsi sedikit panduan mengekalkan stress kitani di tahap yang minima dan sekaligus membentuk satu keharmonian dalam pekerjaan kitani. Panduan ini saya perolehi semasa menghadiri kursus yang dekendalikan oleh dua orang pakar dari negara jiran kitani, iaitu daripada IRSHAD HR CONSULTING 
www.irshad.com.my. Panduan-panduannya adalah seperti berikut:

1.    Mengetahui objektif objektif pekerjaan yang BOSS berikan.
2.    Mengetahui apa yang BOSS harapkan dari anda.
3.    Memahami gaya pekerjaan yang disukai oleh BOSS.
4.    Jadi seseorang yang boleh menyelesaikan masalah dan bukan 
       sebaliknya.
5.    Jangan mengambil kritikan secara peribadi.
6.    Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri.
7.    Menyertai projek yang disarankan.
8.    Bekerjasama dengan kawan-kawan.
9.    Jangan berlengah menyelesaikan tugasan yang diberi.
10.  Dan sentiasa ingat BOSS anda juga ada BOSS.

Panduan di atas bolehlah diadaptasikan di mana-mana sahaja kitani bekerja. Ingat, ianya cuma sebagai panduan atau kaedah yang boleh membantu mengawal stress kitani bukannnya untuk menghilangkan stress kitani. Insyallah pada masa masa mendatang, kami di blog ini akan memberikan berbagai-bagai panduan yang kami fikirkan berguna untuk kesejahteraan mental dan fizikal kitani.