Monday, November 29, 2010

Selamat Datang ke Kesejahteraan Jiwa Kitani

Tujuan blog ini adalah untuk mewujudkan kesedaran orang awam tentang isu-isu yang melibatkan masalah kesejahteraan jiwa (psikiatri) di Negara Brunei Darussalam.

Kami berniat untuk memaparkan penulisan dari laman web yang lain, dan juga memaparkan artikel tulisan pihak kami yang berkenaan dengan kesejahteraan jiwa yang releven kepada penduduk Negara Brunei Darussalam.

Kami juga berharap dapat menyumbang kearah pengurangan stigma ataupun "prejudice" terhadap orang-orang yang mengalami masalah kesejahteraan jiwa.

Kami, iaitu pihak Admin blog ini adalah sekumpulan orang awam yang mengambil minat di dalam masalah kesejahteraan jiwa, dan tidak semestinya mempunyai mempunyai kepakaran di dalam hal ini. Tambahan, untuk makluman semua, apa-apa yang terkandung di blog ini adalah pandangan peribadi pihak Admin blog ini, dan bukan merupakan pandangan rasmi apa-apa badan kerajaan, ataupun badan kesihatan.

Terima kasih kerana mengunjungi laman blog ini, dan layarilah blog kami pada masa yang akan datang, untuk berita atau artikel terkini.