Fahami stres guru dan pelajar
Pegawai Perubatan Kanan menyampai ceramah kepada yang hadir.
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai - Bahagian Pentadbiran Sekolah Menengah Lambak Kiri (SMLK)
telah mengendalikan program perkembangan staf bagi guru-guru yang bertempat di Bilik Persidangan
sekolah berkenaan.
Program yang menjurus kepada stres di kalangan guru dan pelajar itu telah mengundang penceramah dari
Jabatan Psikiatri RIPAS, Pegawai Perubatan Kanan, Dr Rifai Farid bagi menyampaikan ceramah bertajuk
Stres dan Kesihatan Mental.
Dalam ceramahnya beliau menyentuh mengenai jenis-jenis stres yang dihadapi di kalangan guru dan pelajar,
hubungan antara stres dengan kesihatan mental serta cara-cara atau tip mengendalikan stres dalam jangka
pendek dan panjang.
Antara lain tujuan ceramah tersebut adalah untuk menambah ilmu pengetahuan tentang stres dan kesihatan
serta memantapkan kefahaman guru-guru tentang stres.
Turut hadir mendengar ceramah berkenaan ialah timbalan pengetua, timbalan pentadbiran, kaunselor dan
para guru sekolah berkenaan.
(Diambil dari Media Permata Online Sabtu/Ahad 28/29hb Julai 2012 Oleh Sahama)