Skizofrenia adalah salah satu penyakit otak dan mental yang serius. Perkataan skizofrenia atau schizophrenia
hanya kerap digunakan oleh para doktor. Perkataan ini agak asing bagi
orang ramai kerana ia jarang digunakan. Orang ramai biasanya menggunakan
perkataan seperti “orang gila” , “orang sakit mental” atau "psycho"
terhadap pesakit skizofrenia. Namun penggunaan perkataan “gila” dan
“sakit” ini adalah kadang-kadang disalah- ertikan kerana penyakit mental
sebenarnya ada bermacam jenis dan tidak semuanya adalah skizofrenia.
Apakah tanda-tanda skizofrenia?
Tanda-tanda atau simptom penyakit skizofrenia adalah banyak dan kompleks. Tanda-tanda penyakit ini boleh dibahagikan kepada beberapa tanda penting
Apakah tanda-tanda skizofrenia?
Tanda-tanda atau simptom penyakit skizofrenia adalah banyak dan kompleks. Tanda-tanda penyakit ini boleh dibahagikan kepada beberapa tanda penting
- Tanda-tanda positif (positive symptoms)
- Simptoms negatif (negative symptoms)
- Gangguan kognitif
- Gangguan Emosi
- Lain-lain tanda
TANDA-TANDA POSITIF
Psikosis
Psikosis
adalah simptom penting skizofrenia. Pesakit yang mendapat psikosis
boleh mengalami delusi (delusion) atau halusinasi (hallucination).
Delusi adalah kepercayaan karut yang dipercayai dengan sangat kukuh oleh
pesakit walaupun di pertikaikan atau diragui oleh orang lain.
Kepercayaan karut ini tidak sejajar dengan budaya, agama, masyarakat ,
keadaan sosial sekeliling dan ilmu pengetahuan yang ada pada pesakit.
Terdapat banyak jenis delusi. Contohnya:
Delusi paranoid (paranoid or persecutory delusion) : Mempercayai bahawa terdapat orang lain, kumpulan atau organisasi yang cuba untuk menganiaya , mencederakan, mendatangkan kemudaratan atau membunuh pesakit tersebut. Contohnya; percaya bahawa orang gaji telah memasukkan racun ke dalam makanan atau percaya bahawa majikan dan orang atas memasang perangkap untuk menjatuhkan maruah pesakit dan mengancam kedudukan jawatan pesakit .
Delusi kawalan ( delusion of control) : Mempercayai bahawa perbuatan , kemahuan dan perasaan menjadi pasif dan hanya dikawal oleh kuasa dari luar tanpa kehendak diri sendiri. Contohnya; tangan pesakit menumbuk seseorang kerana di paksa oleh kuasa lain tanpa kawalan dan kehendak dirinya sendiri, merasai makhluk telah masuk ke dalam badan dan memaksa membunuh anak
Delusi pelik (bizarre delusion): Mempercayai dengan kukuh sesuatu yang pelik. Contohnya; percaya bahawa malaikat telah datang menyerang bumi dan syaitan akan datang menyerang pula bumi setelah kematian jin.
Delusi grandiose (grandiose delusion): Mempercayai bahawa dirinya mempunyai kelebihan tersendiri yang melampaui orang lain di dunia ini. Contohnya; percaya bahawa dirinya adalah nabi yang turun untuk menyelamatkan dunia ini, percaya bahawa dirinya boleh berkomunikasi dengan tuhan, percaya bahawa dirinya boleh mencipta kenderaan untuk sampai ke bulan dengan sekelip mata, percaya bahawa dirinya raja memerintah dan banyak lagi.
Delusi nihilistik (nihilistic delusion): Mempercayai bahawa diri sendiri atau sebahagian daripada tubuh badan sudah tidak wujud lagi atau mempercayai bahawa dunia sudah tidak wujud lagi. Contohnya percaya bahawa darah tidak mengalir lagi dalam tubuhnya.
Delusi merujuk (delusion of reference); Mempercayai bahawa orang lain di sekeliling bercakap mengenai dirinya. Contonya; percaya bahawa jiran bersembang mengenai dirinya, percaya bahawa televisyen menyiarkan cerita mengenainya.
Terdapat banyak lagi contoh –contoh delusi dan perlu diingat, kepercayaan yang ada pada pesakit itu hanyalah kepercayaan karut yang tidak sebenarnya berlaku tetapi kepercayaan ini sangat kukuh dipercayai oleh pesakit walaupun beliau cuba di cabar.
Deria yang normal memerlukan stimulus yang dikesan oleh organ deria dan diinterpretasi oleh otak. Halusinasi berlaku apabila tiada stimulus dikesan oleh organ deria tetapi otak menginterpretasi sehinggakan stimulus dirasa seperti wujud oleh pesakit. Contohnya;
Halusinasi pendengaran (auditory hallucination); pesakit mendengar suara-suara atau bunyi walaupun orang lain tidak dapat mendengar.
Second person auditory hallucination berlaku apabila pesakit mendengar suara ghaib yang bercakap dengan mereka dan biasanya menyuruh pesakit melkukan sesuatu. Contohnya; pesakit dengar “ awak bunuh sahaja budak itu kerana ia dajal’, “awak bodoh”.
Third person auditory hallucination berlaku apabila pesakit mendengar banyak suara yang bersembang di antara mereka mengenai pesakit. Contohnya; pesakit dengar jin bercakap dengan hantu “ dia itu (pesakit) memang tidak berguna langsung”.
Running commentary berlaku apabila pesakit mendengar suara yang terus mengkritik setiap perbuatanya, contohnya; “ dia sedang makan , dia bangun darin kerusi , terus lari”
Thought echo berlaku apabila pesakit mendengar otaknya sendiri bercakap dengan kuat apabila berfikir.

Halusinasi penglihatan ( visual hallucination )
berlaku apabila pesakit dapat melihat sesuatu dengan jelas tanpa dapat
dilihat oleh orang lain, contohnya, pesakit dapat melihat malaikat
datang menghampiri mereka. Ini perlu dibezakan dengan illusi
di mana stimulus telah dikesan oleh pesakit tetapi diinterpretasi
secara salah oleh otak, contohnya; pesakit melihat ular berlingkar
tetapi sebenarnya adalah ikatan tali.
Terdapat juga halusinasi lain seperti halusinasi somatik atau halusinasi taktil di mana pesakit merasa seperti terdapat sesuatu bergerak atau merasa kesakitan pada badan, halusinasi bau di mana pesakit dapat menghidu sesuatu tanpa orang lain dapat menghidunya dan halusinsi rasa
Pertuturan Merapu (disorganized speech)Masalah
pertuturan pesakit skizofrenia berlaku dalam banyak jenis bergantung
kepada keadaan penyakit tersebut. Kebanyakan pesakit skizofrenia boleh
bertutur secara normal dan menjawab soalan dengan baik. Mereka juga
boleh menjawab soalan tetapi jawapan yang diberi tidak berkaitan (irrelevant)
dengan soalan walaupun bahasa yang disampaikan difahami. Mereka juga
boleh menjawab soalan tetapi tidak sepatah pun bahasa yang difahami (incoherent). Di bawah diberi contoh perbualan pesakit dengan doctor untuk menggambarkan psikopatologi yang dinyatakan:
Doktor: Siapa yang beri kamu duit?
Pesakit: Ke mana-mana saya nak pergi tidak siapa peduli saya. (irrelevant speech)
Doktor: Siapa beri kamu duit?
Pesakit: Bambu telinga kejar apa lagi (incoherent speech)

Pesakit
juga boleh dilihat oleh orang lain bercakap seorang diri kerana mereka
respons terhadap halusinasi suara ghaib yang didengar.
Terdapat juga sesetengah pesakit yang tidak langsung mahu bercakap sepatah jawapan pun ( mute) atau bercakap sepatah dua sahaja ( poverty of speech) dan sesetengahnya banyak pula bercakap ( pressure of speech). Ada pesakit yang mengikut sahaja apa-apa sahaja yang ditanya kepada mereka (echo lalia).
Sesetengah pesakit menjawab soalan dengan baik dan terdapat juga yang
menjerit-jerit dan meninggikan suara semasa menjawab soalan.
Tingkahlaku dan Perbuatan Pelik (Disorganized Movement)
Di antara tingkahlaku pelik yang dilakukan oleh pesakit skizofrenia adalah:
Mannerism
: Perbuatan pelik yang dilakukan oleh pesakit seolah-olah mempunyai
satu tujuan. contohnya, menepuk-nepuk tangan, bersalaman secara
tiba-tiba
Streotypy:
Perbuatan pelik berulangan yang dilakukan oleh pesakit tanpa tujuan
contohnya menggoyang-goyangkan tangan tanpa tujuan , melambai - lambai
dll.
Catatonia: (Catatonic
rigidity) mengeraskan badan dengan sengaja dan tidak membenarkan orang
lain menggerakkan badan, ( catatonic stupor) pergerakan badan yang
terlalu perlahan seolah-olah tidak berinteraksi dengan rangsangan luar,
(catatonic posture) postur badan yang pelik dan pesakit dapat bertahan
dengan lama dalam postur tersebut, ( waxy flexibilty) postur badan
pesakit yang dapat dibentuk oleh orang lain dan pesakit bertahan dengan
postur itu dalam jangkamasa yang lama.
Psychomotor Agitation: terlalu banyak pergerakan kerana keresahan jiwa dan pergerakan tidak produktif tanpa tujuan.
Echopraxia: mengikut perbuatan orang lain
TANDA-TANDA NEGATIF SKIZOFRENIA
tanda-tanda
negatif skizofrenia biasanya melibatkan fungsi dan aktiviti pesakit
terjejas. Mereka yang mempunyai tanda ini bersikap malas,tidak mahu
bercakap, tiada motivasi, tidak mahu bergerak atau membuat kerja dan
seolah-olah tidak mempunyai perasaan.:
Alogia (a-LO-jee-a) and poverty of speech: bercakap dengan sedikit , pertuturan tidak mempunyai isi dan perkara penting , dan mengambil masa yang lama menyambung perkataan dan ayat yang dipertuturkan seolah-olah pertuturan terhalang .
Flattening or blunting of affect: Terlalu kurang ekspressi muka. Mereka tidak senyum ketika gembira atau mengerutkan dahi ketika sedih. Mereka tiada hubungan emosi dengan orang yang bercakap dengannya, seolah-olah anda bercakap dengan robot.

Avolition and anhedonia: Hilang minat dan tenaga untuk melakukan perkara yang biasa mereka lakukan.
GANGGUAN EMOSI
Pesakit skizofrenia juga boleh mendapat kemurungan (RUJUK KEMURUNGAN) dan episod mania ( RUJUK BIPOLAR DISOERDER), Maka sejarah penyakit perlulah tepat untuk mendapat diagnosis yang tepat kerana rawatan yang tepat perlu diberikan.
Emosi
pesakit skizofrenia juga boleh bercelaru dan tidak sejajar dengan apa
yang mereka fikirkan ( the affect is not congruent to the thought) .
Contohnya: Fikiran pesakit penuh dengan kesedihan tetapi beliau menyanyi
kegembiraan.
Kadar bunuh diri pesakit skizofrenia
adalah tinggi (10%). Ia boleh berlaku kerana mereka mempunyai
kemurungan melampau dan psikosis yang menyuruh mereka membunuh diri.
GANGGUAN KOGNITIF
Pesakit
skizofrenia boleh mendapat gangguan kognitif yang menyebabkan mereka
mempunyai IQ yang lebih rendah. Mereka tidak dapat membuat keputusan
dengan baik, kurang penumpuan danmemori yang kurang baik
GANGGUAN LAIN
Pesakit
skizofrenia dikaitkan juga dengan tingkah laku agresif. Tetapi perlu
diingat pesakit skizofrenia bukanlah lebih merbahaya daripada orang
normal. Kadar jenayah keganasan dilakukan oleh mereka yang mengidap
ketagihan alkoho atau dadah, masalah personaliti dan mereka yang tidak
mempunyai sakit mental berbanding kadar jenayah yang dilakukan oleh
pesakit skizofrenia.
http://drsalmi.blogspot.com/2008/03/skizofrenia-schizophrenia-apakah-itu.html