Hari Kesejahteraan Jiwa Sedunia 2011 akan diraikan di seluruh dunia pada minggu depan, iaitu pada hari Isnin, 10hb Oktober 2011.
Tema Hari Kesejahteraan Jiwa Sedunia 2011 ialah "Investing in Mental Health" (membuat pelaburan di dalam kesejahteraan jiwa).
Kami dimaklumi bahawa Jabatan Psikiatri di Hospital RIPAS telahpun merancang acara-acara untuk meraikan Hari Kesejahteraan Jiwa Sedunia tahun ini, dan aktiviti berkenaan akan berlangsung bukan saja pada 10hb Oktober 2011, tetapi berterusan untuk beberapa bulan. Tujuan acara-acara berkenaan adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah kesejahteraan jiwa dan juga beban masalah kesejahteraan jiwa kepada individu, keluarga dan masyarakat. Juga diharapkan acara-acara berkenaan dapat melahirkan kesedaran mengenai faedah melabur di dalam kesejahteraan jiwa.
Kami di blog Kesejahteraan Jiwa Kitani menantikan berita selanjutnya dan akan menyampaikannya di sini secepat mungkin.