Saturday, April 02, 2011

2 April 2011: Hari Autism Sedunia

Hari ini merupakan hari mewujudkan kesedaraan mengenai autism sedunia.

Autism adalah istilah yang digunakan untuk mengtakrifkan sekumpulan individu yang mempunyai interaksi sosial yang berbeza daripada kebanyakkan individu lain. Adalah dipercayai autism mempunyai spektrum atau kepelbagaian yang luas, iaitu setiap individu yang ditakrifkan sebagai mempunyai autism mempunyai tahap yang berbeza dari segi mereka berlainan dari masyarakat umum.

Autism disebabkan kelainan pada perkembangan otak orang yang mempunyai autism. Ia juga mempengaruhi cara otak mereka bertindak.

Lebih kurang 1 dalam 100 orang di seluruh dunia mempunyai autism.

Kebolehan intellektual mereka adalah berbeza-beza, dari yang mempunyai kebolehan yang tersangat rendah, hingga kepada yang dapat melanjutkan pelajaran hingga ke tahap tinggi, berkahwin dan berkerja. Lebih kurang 10% dari mereka juga mempunyai kebolehan istimewa seperti bermain muzik ataupun matematik.

Orang-orang yang mepunyai autism, samada kanak-kanak ataupun yang sudah dewasa mempunyai masalah khasnya di dalam 3 segi, iaitu:

1. Berkommunikasi

Ada kemungkinan mereka kurang fasih bercakap, didapati lambat belajar bercakap, ataupun bercakap dengan alunan yang berbeza dari orang lain.

2. Berinteraksi secara sosial bersama orang lain

Ini termasuk kurang bertentang mata dengan orang lain semasa bercakap, tidak mengendahkan orang lain, seolahnya tidak memahami kebiasaan sosial, contohnya terlalu mesra dengan orang tidak dikenali. Mereka juga mungkin tidak dapat membaca perasaan orang lain dengan tepat.

3. Tingkah laku 

Tingkah laku mereka mungkin terlalu memberatkan rutin seharian, contohnya makan pada waktu tertentu, tidur pada waktu tertentu, keluar bersiar pada waktu tertentu, dan jika rutin tidak ditepati menyebabkan mereka sangat tertekan. Mereka sukar menerima perubahan apa-apa pada rutin seharian.

Minat mereka mungkin tertumpu kepada satu perkara seperti elektronik, ataupun mengumpul objek yang biasanya tidak diminati oleh individu lain.

Mereka mungkin terlalu sensitif kepada bunyi-bunyian, ataupun kepada sentuhan. Sesetengah dari mereka suka menyentuh atau membelai objek-objek yang mempunyai rasa yang tertentu seperti bulu-buluan atau pasir.

Mungkin juga mereka berulang-ulang menggerakan anggota badan tanpa sebab.

Apakah sebab-sebab austism terjadi?

Sebab-sebab orang mengalami autism belum diketahui, tetapi ianya ada faktor keturunan dan juga faktor cara pembesaran.


Apakah yang dapat dilakukan?

Autism tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.

Cara-cara untuk menolong orang yang mempunyai autism dan keluarga mereka ialah:
1. Memberikan kesedaran dan pengisian tentang autism
2. Memberi sokongan kepada mereka dan ahli keluarga mereka.
3. Mengawal masalah tingkah laku.
4. Mendidik mereka dari segi interaksi sosial, dan dari segi emosi.
5. Kadangkala ubat dapat menolong juga.

Tindakan yang diambil pada peringkat awal adalah lebih baik dan lebih berkesan. Pelbagai pakar kesihatan akan terlibat, seperti speech therapist (untuk menolong perkembangan dari segi kommunikasi), ahli psikologi, occupational therapist dan juga pakar kesihatan kanak-kanak ataupun pakar psikiatri.

Di Negara Brunei Darussalam, autism boleh dikenalpasti di Child Development Centre di Kiarong, selepas mendapatkan surat dari doktor klinik kesihatan ataupun pakar kesihatan yang lain.

Dua pusat untuk menolong mereka yang mempunyai autism di Brunei adalah Smarter dan Learning Ladders. Bagi mereka yang mempunyai masalah tingkah laku yang susah dikawal, ataupun jika mereka atau ahli keluarga mereka mempunyai tekanan yang terlalu banyak, pakar psikiatri di Jabatan Psikiatri di Hospital RIPAS bersedia juga untuk menawarkan bantuan.

(Artikel ini dipetik, diterjemah dan diubahsuai dari: http://www.rcpsych.ac.uk/mentalhealthinfo/mentalhealthandgrowingup/autismandaspergers.aspx)