Saya menemui artikel ini waktu saya sedang melayari laman web. Tajuknya... bertulis mengenai Tips Hadapi Gangguan Cemas atau bimbang... Tetapi kandungan artikel ini kebanyakkannya menyentuh kepada KEMURUNGAN. Tetapi menurut saya, artikel ini bagus untuk maklumat orang ramai. Artikel ini di tulis oleh Surihati di Blog PakarHowTo. [ http://pakarhowto.com/tips/tips-hadapi-gangguan-perasaan-cemas-atau-bimbang.html ]
Berikut adalah tip yang akan Suri kongsikan bersama anda bagi memecahkan kitaran kemurangan anda
Pertama sekali anda haruslah menerima kenyataan bahawa kemurungan adalah satu penyakit yang amat serius dan ubat bagi anti kemurungan pula adalah komponen penting dalam rawatan.
Apakah yang harus anda lakukan adalah dengan berjumpa dengan doktor anda tentang perasaan dan kemajuan rawatan dan anda juga jaganlah berasa takut untuk bertanyakan sebarang masalah kepada yang pakar akan hal ini.
Fahamilah bahawa simptom kemurangan melalui rawatan. Berfikiran positif dan meminta bantuan bila perlu adalah konsep penting dalam proses mengatasi kemurungan. Ketahuilah bahawa jika anda menerima rawatan tersebut ia sedikit sebanyak akan mengatasi sikap kemurungan anda itu.
Okey sekarang mari kita kenali pula sedikit informasi mengenai kemurungan dan rawatan dengan ubat anti kemurungan:-
Kemurungan adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak anda. Serotonin dan norepinepherine, dalam membantu mengawal emosi anda.
Ketahuilah bahawa setiap orang mempunyai gerak balas rawatan yang agak berbeza-beza. Sesetengah individu mula melihat keberkesanan selepas beberapa minggu dalam menerima rawatan sementara itu ada yang akan mengalaminya sebagai sebahagian kesan sampingan.
Kemurungan juga akan kembali sekiranya rawatan yang dijalankan tidak betul pada caranya. Anda hanya boleh pastikan kemurungan tidak akan kembali jika objektif untuk menghapuskan simptom kemurungan berjaya dicapai.
Komunikasi adalah kunci kejayaan.
Ketahuilah bahawa komunikasi secara terbuka dengan doktor anda adalah jalan yang terbaik untuk anda bagi mencapai hasil yang maksimum daripada rawatan anda. Disamping itu juga komunikasi secara terbuka bersama dengan rakan-rakan dan ahli keluarga juga boleh menghapuskan bayangan kemurungan dan akan menguatkan sistem sokongan anda.
Ketahuilah juga bahawa jika anda mengambil ubat tanpa nasihat doktor anda sebenarnya memperdayakan diri sendiri. Melarikan diri dari kenyataan sama ada mengambil alkohol, atau ubat-ubatan tanpa nasihat dari doktor, apa-apa rawatan sendiri tidak mungkin dapat membantu anda.
Ubat anti kemurungan telah terbukti berkesan.
Anda boleh memecahkan kitaran kemurungan ini dan kembali seperti sedia kala. Berkerjasamalah dengan doktor anda dan kekalkanlah sikap positif anda akan membantu anda memberhentikan simptom kemurungan dan mengembalikan kehidupan anda.
Kendalikanlah Stres Anda Dengan Baik
Stress atau tekanan adalah respon tubuh dan pemikiran terhadap sesutau yang terjadi. Ia merupakan keadaan yang normal yang boleh terjadi bila sahaja dan dimana sahaja, termasuk di tempat kerja. Bagi sesetengah induvidu, stres dapat membantu mereka dari bergerak maju ke hadapan.
Namun ketahuilah bahawa stres yang berlebihan boleh mengganggu pemikiran yang realistik dan keadaan berkerja yang efisien. Oleh itu cegalah stres dengan berani dengan mengatakan ‘tidak’ menghindari orang atau situasi yang boleh stres, membuat jadual yang rapi untuk aktiviti dan banyakkan ketawa untuk mengurangkan stres.
Selain itu, anda juga boleh sediakan waktu-waktu tertentu untuk beristirihat dan relak seperti pergi ke spa, membeli-belah, berjumpa dan berkumpul dangan sahabat lama, menulis diari, meluangkan masa untuk berhobi dan sebagainya. Walaubagaimanapun kita sebagai orang islam juga janganlah lupa untuk melakukan ibadat sunat kepadanya. Seperti melakukan solat sunat syukur, berpusa dan lain-lain.