
Persoalannya ialah bagaimana kitani boleh mengekalkan tahap stress yang minima ketika bertugas dengan "BOSS" kitani?. Di sini saya ingin berkongsi sedikit panduan mengekalkan stress kitani di tahap yang minima dan sekaligus membentuk satu keharmonian dalam pekerjaan kitani. Panduan ini saya perolehi semasa menghadiri kursus yang dekendalikan oleh dua orang pakar dari negara jiran kitani, iaitu daripada IRSHAD HR CONSULTING
www.irshad.com.my. Panduan-panduannya adalah seperti berikut:
www.irshad.com.my. Panduan-panduannya adalah seperti berikut:
1. Mengetahui objektif objektif pekerjaan yang BOSS berikan.
2. Mengetahui apa yang BOSS harapkan dari anda.
3. Memahami gaya pekerjaan yang disukai oleh BOSS.
4. Jadi seseorang yang boleh menyelesaikan masalah dan bukan
sebaliknya.
sebaliknya.
5. Jangan mengambil kritikan secara peribadi.
6. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri.
7. Menyertai projek yang disarankan.
8. Bekerjasama dengan kawan-kawan.
9. Jangan berlengah menyelesaikan tugasan yang diberi.
10. Dan sentiasa ingat BOSS anda juga ada BOSS.
Panduan di atas bolehlah diadaptasikan di mana-mana sahaja kitani bekerja. Ingat, ianya cuma sebagai panduan atau kaedah yang boleh membantu mengawal stress kitani bukannnya untuk menghilangkan stress kitani. Insyallah pada masa masa mendatang, kami di blog ini akan memberikan berbagai-bagai panduan yang kami fikirkan berguna untuk kesejahteraan mental dan fizikal kitani.